Posts

Refleksi Diri :Nur Fadzliani bt Mukhtar (A164395)

Pada 26 November 2017, kami dari citra Pembangunan Diri telah menjalankan projek kumpulan yang dinamakan sebagai Jalinan Kasih Mahasiswa bersama Anak-Anak Yatim yang berlokasi di Kajang Selangor. Kami bergerak ke rumah anak yatim selepas selesai menunaikan solat zohor dan sampai ke destinasi pada jam 2.30 petang. Ahli kami terdiri seramai 6 orang dan kami dibahagikan tugas setiap ahli untuk menjaga satu kumpulan dalam menjalanka aaktiviti yang akan kami jalankan. Antara aktiviti yang telah kami laksanakan adalah ice breaking iaitu sesi berkenalan antara satu sama lain yang telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap daripada kumpulan tersebut mempunyai umur dari 3 tahun sehingga 12 tahun. Aktiviti kedua yang kami jalankan adalah permainan yang diberikan nama 'Teka lah Quess lah' . Permainan ini dikehendaki seorang dari mereka meneka hasil daripada gerak-geri yang dilakukan oleh ahli-ahli kumpulan mereka dan aktiviti lain yang turut kami jalankan bersama mereka seperti Fad...

Refleksi Diri: Nur Sahira bt Omar (A166827)

Refleksi Program Jalinan Kasih Bersama Anak Yatim Kami kumpulan Avicenna telah mengadakan program bersama anak-anak yatim di Kajang, Selangor. Kami sangat bersyukur kerana berpeluang untuk mengadakan aktiviti ini bersama adik-adik di rumah anak yatim tersebut. Kami melakukan beberapa aktiviti bersama anak-anak yatim tersebut dan mereka kelihatan begitu gembira dengan kehadiran kami semua. Kami sangat gembira juga kerana sedikit sebanyak kami dapat memberi kegembiraan yang dikongsi bersama mereka. Antara perkara yang saya pelajari dalam menjalankan program bersama anka-anak yatim ini ialah saya dapat melatih diri saya dalam menjadi seorang fasilitator kerana setiap ahli kumpulan kami diberi tugasan untuk menjadi fasilitator kepada anak-anak yatim tersebut. Setiap orang daripada kami memegang satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli. Aspek kepimpinan juga dapat diterapkan dalam diri saya. Terdapat beberapa kesukaran kepada saya sepanjang mengendalikan mereka tetapi kesuk...

Refleksi Diri : Nur Ain Husna bt Ahmad Bokhari (A166877)

REFLEKSI DIRI (UNA)   Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa program ini sangat bermanfaat dan turut memberi satu pengalaman yang baru terhadap saya. Sebelum ini saya tidak pernah mengendalikan program yang mengharuskan saya untuk menjadi seorang fasilitator terhadap kumpulan pelajar. Banyak perkara baru yang saya pelajari, di mana saya belajar untuk cuba kawal dan mencari perhatian para kumpulan pelajar supaya mereka fokus terhadap aktiviti yang kami jalankan. Pada awalnya saya tidak mampu mengawal mereka kerana saya agak sedikit janggal untuk berkomunikasi dengan mereka. namun, dengan bantuan rakan saya iaitu Alya, saya berjaya mengawal kumpulan pelajar saya dan akhirnya segala aktviti yang kami lakukan berjaya dengan lancar sekali. Alhamdulillah. Walaupun pelbagai masalah yang kami hadapi sepanjang melangsungkan program kami ini, seperti ketiadaan kemudahan, jarak tempat program yang agak jauh, serta kekangan kewangan, namun semua itu berbaloi dengan hasil yang kami p...

Refleksi Diri : Amni Amirah Izzai Binti Mohd Afandi (A166909)

Alhamdulillah, syukurlah ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, kami dari kumpulan Avicenna  dari citra Pembangunan Diri 1 telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Mahasiswa bersama Anak-Anak Yatim di Kajang, Selangor. Program ini bermula pada pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang. Walaupun ia singkat, kami saratkan dengan pelbagai aktivit yang sesuai untuk anak- anak yatim Peribadi Mulia ini. Program Jalinan Kasih Mahasiswa ini  telah disertai oleh enam orang yang terdir daripada kami dan dua guru pembimbing. Kami sekumpulan memilih Pusat Kebajikan PeribadI Mulia ini sebagai platform untuk melaksanakan program yang akan datang. Seramai 40 penghuni rumah anak yatim yang terdiri daripada umur seawal 3 tahun hingga 12 tahun. Melalui program Jalinan Kasih Mahasiswa ini, kami telah mendapat pelbagai pengalaman yang sangat berguna untuk diaplikasikan sebagai pelajar universiti juga dalam kehidupan seharian. Sepanjang program yang dijalankan , pelbagai aktiviti yang bermanfaat...

Refleksi Diri : ALYA BATRISYIA BINTI MOHD AZMI (A66878)

RELEKSI DIRI PROGRAM JALINAN KASIH MAHASISWA BERSAMA ANAK – ANAK YATIM Assalamualaikum w.b.t bagi saya, program Jalinan Masyarakat ini merupakan medium terbaik buat mahasiswa bagi mendekatkan diri dengan masyarakat. Beruntungnya kami kerana diberi peluang untuk membuat program ini di rumah kebajikan peribadi mulia mana ini adalah pengalaman pertama saya menjadi fasilitator. Dan apa yang paling penting ialah saya dan sahabat-sahabat saya dapat berkongsi pengalaman sebagai seorang pelajar, memberi galakan serta menyampaikan maklumat kepada adik-adik di rumah kebajikan peribadi mulia. Banyak yang kami lalui sepanjang menjalani program ini.  Perancangan/sebelum program :              Sebelum melaksanakan projek Jalinan Masyarakat di rumah kebajikan peribadi mulia yang terletak di Kajang Selangor. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri dalam sesuatu tugas yang telah diberikan. Namun, terdapat pelbagai cabaran dan halangan yan...

Moments Collection

Photo Gallery by QuickGallery.com Sekitar di Pusat Kebajikan Peribadi Mulia. Alhamdullilah kami dapat meluangkan masa bersama adik-adik di sini. Kami sangat bersyukur kerana Allah memberi kesempatan untuk berjumpa. Selain itu, pelbagai aktiviti telah dilakukan bagi mengembirakan mereka dalam masa yang sama memberi pendidikan dalam bentuk interaktif. Itu adalah objektif kami. Sehingga kita berjumpa lagi yea, adik-adik ! InshaAllah.

Refleksi Diri : Nur Auni Afifah binti Abdul Karim (A163181)

Program Jalinan Kasih merupakan sebuah program amal yang berlangsung pada 26 November 2017 bersamaan hari Ahad. Program ini adalah program secara berkumpulan yang disertai oleh 6 orang ahli kursus Pembangunan Diri I (LMCW1052) sesi 2017/2018. Program ini telah diadakan di Rumah Amal Peribadi Mulia di Jalan Sekamat 7, Kajang, Selangor. Ia telah disertai oleh lebih kurang 45 orang anak-anak yatim rumah amal tersebut. Rata-rata anak-anak yatim tersebut berusia dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun. Rumah amal berkenaan turut mempunyai 2 orang guru pembimbing yag bertugas sebagai penjaga kepada anak-anak yatim tersebut. Lebih kurang pada jam 2.30 petang, kami memulakan program bersama mereka. Pelbagai aktiviti yang kami rancangkan seperti Ice Breaking, Fast in Word, Cross Pad, Teka Lah Guees Lah dan sesi kreativiti. Contohnya, pada sesi aktiviti Ice Breaking, anak-anak yatim tersebut telah dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut kategori umur masing-masing. Setelah selesai pembahagian kumpula...