Refleksi Diri :Nur Fadzliani bt Mukhtar (A164395)
Pada 26 November 2017, kami dari citra Pembangunan Diri telah
menjalankan projek kumpulan yang dinamakan sebagai Jalinan Kasih Mahasiswa
bersama Anak-Anak Yatim yang berlokasi di Kajang Selangor. Kami bergerak ke
rumah anak yatim selepas selesai menunaikan solat zohor dan sampai ke destinasi
pada jam 2.30 petang. Ahli kami terdiri seramai 6 orang dan kami dibahagikan
tugas setiap ahli untuk menjaga satu kumpulan dalam menjalanka aaktiviti yang
akan kami jalankan.
Antara aktiviti yang telah kami laksanakan adalah ice breaking iaitu
sesi berkenalan antara satu sama lain yang telah dibahagikan kepada 5 kumpulan
dan setiap daripada kumpulan tersebut mempunyai umur dari 3 tahun sehingga 12
tahun. Aktiviti kedua yang kami jalankan adalah permainan yang diberikan nama
'Teka lah Quess lah' . Permainan ini dikehendaki seorang dari mereka meneka
hasil daripada gerak-geri yang dilakukan oleh ahli-ahli kumpulan mereka dan
aktiviti lain yang turut kami jalankan bersama mereka seperti Fadt in Math.
Melalui program yang telah kami laksanakan, kami dapat mengeratkan
hubungan antara satu sama lain. Hal ini kerana usia tidak menghalang kami
daripada berkomunikasi sesame mereka malah mereka lebih aktif daripada yang
kami sangkakan. Mereka diberikan didikan yang cukup baik di rumah anak-anak
yatim tersebut dan mereka yang lebih tua membantu yang lebih muda. Program yang
kami jalankan juga, mereka memberi kerjasama yang baik dan semangat kepasukan
itulah menjadikan kami lebih erat lagi. Saya berasa bangga dapat berjumpa mereka
kerana mereka pandai dalam menguruskan diri dan sopan dalam tatacara mereka.
Walaupun mereka tidak mempunyai kedua-dua ibubapa atau tidak dapat
merasai kasih sayang tetapi apabila saya dapat berjumpa dengan mereka saya
dapat merasakan mereka diberikan kasih sayang yang secukupnya daripada
rakan-rakan mereka sendiri dan orang. Saya juga agak berasa bangga kerana
mereka yang lebih muda pandai hidup berdikari tanpa perlu bergantung kepada
orang lain. Jika diberikan peluang, saya berharap dapat berjumpa dengan mereka
dan cuba membantu mereka dengan melakukan pelbagai aktivit-aktiviti menarik
supaya membuatkan hari-hari mereka lebih ceria dan meninggalkan kenangan yang
menarik bersama mereka.
Comments
Post a Comment