Refleksi Diri: Nur Sahira bt Omar (A166827)

Refleksi Program Jalinan Kasih Bersama Anak Yatim

Kami kumpulan Avicenna telah mengadakan program bersama anak-anak yatim di Kajang, Selangor. Kami sangat bersyukur kerana berpeluang untuk mengadakan aktiviti ini bersama adik-adik di rumah anak yatim tersebut. Kami melakukan beberapa aktiviti bersama anak-anak yatim tersebut dan mereka kelihatan begitu gembira dengan kehadiran kami semua. Kami sangat gembira juga kerana sedikit sebanyak kami dapat memberi kegembiraan yang dikongsi bersama mereka.
Antara perkara yang saya pelajari dalam menjalankan program bersama anka-anak yatim ini ialah saya dapat melatih diri saya dalam menjadi seorang fasilitator kerana setiap ahli kumpulan kami diberi tugasan untuk menjadi fasilitator kepada anak-anak yatim tersebut. Setiap orang daripada kami memegang satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli. Aspek kepimpinan juga dapat diterapkan dalam diri saya.
Terdapat beberapa kesukaran kepada saya sepanjang mengendalikan mereka tetapi kesukaran tersebut boleh diatasi dengan baik. Antara kesukaran saya hadapi ialah apabila saya memerlukan kesabaran untuk memastikan mereka mendenga setiap arahan yang diberikan. Anak-anak yatim tersebut adalah terdiri daripada pelajar sekolah tadika dan sekolah rendah. Oleh itu, dalam memeberi arahan itu adalah sangat memberi kesabaran yang banyak kerana rata-rata mereka tidak mendengar arahan dengan baik. Tetapi, kesukaran ini boleh diatasi dengan jayanya walaupun hanya pada permulaanya sahaja yang agak mencabar.

Kemudahan yang saya perolehi dalam program ini ialah tunjuk ajar dari pensyarah saya yang tidak putus-putus memberi saya dan ahli kumpulan semangat untuk melakukan program ini. Secara kesuluruhannya, saya sangat besyukur kerana berpeluang untuk menyertai kursus ini kerana banyak perkara baru yang telah saya pelajari. 

Comments

Popular posts from this blog

Refleksi Diri :Nur Fadzliani bt Mukhtar (A164395)

Moments Collection