Refleksi Diri : Amni Amirah Izzai Binti Mohd Afandi (A166909)

Alhamdulillah, syukurlah ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, kami dari kumpulan Avicenna  dari citra Pembangunan Diri 1 telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Mahasiswa bersama Anak-Anak Yatim di Kajang, Selangor. Program ini bermula pada pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang. Walaupun ia singkat, kami saratkan dengan pelbagai aktivit yang sesuai untuk anak- anak yatim Peribadi Mulia ini. Program Jalinan Kasih Mahasiswa ini  telah disertai oleh enam orang yang terdir daripada kami dan dua guru pembimbing.
Kami sekumpulan memilih Pusat Kebajikan PeribadI Mulia ini sebagai platform untuk melaksanakan program yang akan datang. Seramai 40 penghuni rumah anak yatim yang terdiri daripada umur seawal 3 tahun hingga 12 tahun. Melalui program Jalinan Kasih Mahasiswa ini, kami telah mendapat pelbagai pengalaman yang sangat berguna untuk diaplikasikan sebagai pelajar universiti juga dalam kehidupan seharian. Sepanjang program yang dijalankan , pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk penghuni rumahanak yatim dan juga guru pelatih telah dijalankan. Antara aktiviti utama yang telah dijalankan di rumah anak yatim tersebut adalah Ice Breaking, Fast in Word, Cross Pad, Teka Lah Guees Lah dan sesi kreativiti.
Selepas meluangkan masa bersama anak yatim ini, program ini telah menyedarkan saya tentang tugas sebenar sebagai seorang pelajar. Untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya, tanggungjawab yang perlu dipikul bukan hanya meliputi tugas menuntut ilmu sahaja. Malah seorang pelajar juga bertanggungjawab untuk mengambil berat tentang masyarakat di sekeliling apatah lagi yang berkurang nasib baik. Saya berasa amat bertuah dan berasa bahawa saya perlu menghargai setiap perkara yang saya lalui dan kecapi. Walaupun hidup sebagai anak yatim, kanak-kanak di rumah anak yatim tersebut amat aktif dan senyuman mereka yang sangat ikhlas amat menyentuh hati saya. Saya sangat menghargai pengalaman saya di rumah anak yatim itu.
Selepas menjalankan program bersama dengan anak yatim di sini, saya berasa setiap anak-anak yatim ini di sini sangat berbakat dan aktif walaupun situasi keluarga mereka yang sulit. Anak-anak yatim di Pusat Kebajikan Peribadi Mulia berhak untuk dapat kehidupan dan peluang yang sama serata seperti setiap budak di negara ini. Masyarakat di Malaysia juga harus memberi perhatian kepada anak-anak yatim ini Oleh itu, sesiapa yang pikul tanggungjawab untuk menjaga mereka hendaklah mempunyai kefahaman sebegitu. Seterusnya, hubungan yang erat dapat dijalinkan bersama anak-anak yatim ini dan saya dapat memupuk sifat rendah diri, penyayang dan prihatin dalam diri setelah program tamat serta memberi sedikit keinsafan dalam diri bahawa kita harus bersyukur dengan apa yang dimiliki. Perasaan simpati menyelubungi diri saya setelah melihat keadaan anak-anak yatim. Walaupun mereka tidak mempunyai ibu atau bapa atauu keduanya, mereka sentiasa berkeyakinan tinggi dan sentiasan bersemangat. Pelbagai perkara saya telah pelajari daripada pengalaman di rumah anak- anak yatim ini. Saya juga berasa besyukur dengan kehidupan saya setelah melihat keadaan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik itu.
Seterusnya, kursus Pembangunan Diri ini telah mengajarkan saya untuk bertanya pendapat orang lain. Saya akan bertanya kepada rakan-rakan saya tentang tindakan yang telah saya ambil untuk melancarkan proses projek ini. Saya juga akan meminta nasihat daripada mereka serta membuat perbandingan dengan diri sendiri. Sekiranya saya mendapat teguran daripada rakan-rakan atau pensyarah, saya akan memperbaiki kesilapan atau pembetulan dan akan membetulkan kesalahan saya ini sepanjang Program Jalinan Kasih Mahasiswa bersama Anak-Anak Yatim.
Bagi meningkatkan daya kepimpinan daya diri sendiri, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang setiausaha dengan baik. Ini merupakan satu peluang yang tepat pada masanya untuk saya melatih diri sendiri untuk mempertingkatkan lagi kemahiran saya. Selain itu, saya juga perlu melatih diri untuk merancang dan membahagi tugasan-tugasan saya dengan berkesan supaya tugasan-tugasan tersebut dapat dihantar atau siap di dalam masa yang ditetapkan.
Seterusnya, kursus Pembangunan Diri ini telah mengajarkan saya untuk bertanya pendapat orang lain. Saya akan bertanya kepada rakan-rakan saya tentang tindakan yang telah saya ambil untuk melancarkan proses projek ini. Saya juga akan meminta nasihat daripada mereka serta membuat perbandingan dengan diri sendiri. Sekiranya saya mendapat teguran daripada rakan-rakan atau pensyarah, saya akan memperbaiki kesilapan atau pembetulan dan akan membetulkan kesalahan saya ini sepanjang Program Jalinan Kasih Mahasiswa bersama Anak-Anak Yatim.


Comments

Popular posts from this blog

Refleksi Diri :Nur Fadzliani bt Mukhtar (A164395)

Moments Collection