Refleksi Diri : ALYA BATRISYIA BINTI MOHD AZMI (A66878)
RELEKSI DIRI
PROGRAM JALINAN KASIH MAHASISWA BERSAMA ANAK – ANAK YATIM
Assalamualaikum
w.b.t bagi saya, program Jalinan Masyarakat ini merupakan medium terbaik buat
mahasiswa bagi mendekatkan diri dengan masyarakat. Beruntungnya kami kerana
diberi peluang untuk membuat program ini di rumah kebajikan peribadi mulia mana
ini adalah pengalaman pertama saya menjadi fasilitator. Dan apa yang paling
penting ialah saya dan sahabat-sahabat saya dapat berkongsi pengalaman sebagai
seorang pelajar, memberi galakan serta menyampaikan maklumat kepada adik-adik
di rumah kebajikan peribadi mulia. Banyak yang kami lalui sepanjang menjalani
program ini.
Perancangan/sebelum program :
Sebelum melaksanakan projek Jalinan
Masyarakat di rumah kebajikan peribadi mulia yang terletak di Kajang Selangor. Setiap
ahli mempunyai tanggungjawab mereka yang tersendiri dalam sesuatu tugas yang
telah diberikan. Namun, terdapat pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi
sepanjang proses ini seperti pihak Rumah Anak Yatim Darul Izzah telah
menolak permohonanan kami untuk menjalankan projek ini di sana kerana ketiadaan pelajar. Justeru kami
telah mengambil beberapa inisiatif yang lain untuk menyelesaikan isu
tersebut.Kami telah menghubungi beberapa rumah anak yatim yang lain dan kami
amat bernasib baik kerana rumah kebajikan peribadi mulia telah bersetuju untuk
menerima kehadiran kami.
Semasa program :
Pertama kali kami sampai di
rumah kebajikan peribadi mulia, kami berasa amat terkejut melihat kanak-kanak
yang berumur lingkungan 4 hingga 6 tahun kerana usia mereka yang masih kecil
tetapi sudah tiada ibu bapa. Setelah bersuai kenal dengan adik-adik di rumah
tersebut,lantas kami terus membahagikan mereka ke dalam 5 kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai 8 orang pelajar dan 1 orang fasilitator dari kumpulan kami
sendiri.
Antara aktiviti yang kami jalankan adalah
mencipta ‘cheers’, menari lagu kanak- kanak, permainan teka la secara atas
talian dan banyak lagi .Pada mulanya
memang agak payah untuk mengawasi mereka namun lama kelamaan mereka mudah untuk
membuka hati mereka kepada kami seakan dahagakan kasih sayang.
Selepas
program :
Setelah menghabiskan masa
lebih kurang 5 jam di rumah kebajikan peribadi mulia , saya amat
menghargai setiap detik yang berlaku di sana. Selepas menjalani projek ini saya
telah bermuhasabah diri mengenangkan nasib anak- anak di rumah kebajikan
peribadi mulia .Mereka masih kuat untuk meneruskan cita-cita mereka walaupun
sudah kehilangan ibu atau bapa.
Setelah berakhirnya program
Jalinan Masyarakat ini, kami sedar bukan sahaja kita perlu menjalin dan menjaga
hubungan sesama masyarakat, malah hubungan antara kami sebagai satu kumpulan juga
bertambah rapat. Saya amat berharap supaya saya diberi peluang untuk meneruskan
aktiviti kemasyarakatan seperti ini pada masa akan datang .
ALYA BATRISYIA BINTI MOHD AZMI (A66878)
Comments
Post a Comment