Refleksi Diri : Nur Ain Husna bt Ahmad Bokhari (A166877)
REFLEKSI
DIRI (UNA)
Secara
keseluruhannya, saya mendapati bahawa program ini sangat bermanfaat dan turut
memberi satu pengalaman yang baru terhadap saya. Sebelum ini saya tidak pernah
mengendalikan program yang mengharuskan saya untuk menjadi seorang fasilitator
terhadap kumpulan pelajar. Banyak perkara baru yang saya pelajari, di mana saya
belajar untuk cuba kawal dan mencari perhatian para kumpulan pelajar supaya
mereka fokus terhadap aktiviti yang kami jalankan. Pada awalnya saya tidak
mampu mengawal mereka kerana saya agak sedikit janggal untuk berkomunikasi
dengan mereka. namun, dengan bantuan rakan saya iaitu Alya, saya berjaya mengawal
kumpulan pelajar saya dan akhirnya segala aktviti yang kami lakukan berjaya
dengan lancar sekali. Alhamdulillah.
Walaupun pelbagai masalah yang kami hadapi sepanjang
melangsungkan program kami ini, seperti ketiadaan kemudahan, jarak tempat
program yang agak jauh, serta kekangan kewangan, namun semua itu berbaloi
dengan hasil yang kami perolehi daripada program ini. Senyuman dan gelak tawa
daripada kumpulan pelajar jelas menggambarkan kegembiraan mereka menerima dan
menyambut kedatangan kami serta dapat bergembira dengan aktiviti yang kami
jalankan.
Comments
Post a Comment