PROPOSAL RUMAH KEBAJIKAN PERIBADI MULIA




Image result for logo ukm 2017



KERTAS CADANGAN
PROGRAM JALINAN KASIH MAHASISWA UKM
BERSAMA ANAK - ANAK YATIM
                                                
TARIKH
26 NOV 2017

TEMPAT
                                  RUMAH KEBAJIKAN PERIBADI MULIA
                                              KAJANG,SELANGOR.

ANJURAN
PELAJAR KURSUS  CITRA PEMBANGUNAN DIRI
(LMCR 1052)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BERTEMAKAN
"PELAJAR PERIHATIN MASYARKAT CEMERLANG "


1.           TUJUAN

 Program Jalinan kasih Mahasiswa bersama anak-anak yatim merupakan tugasan citra pembangunan diri yang dikelolakan sepenuhnya oleh 6 orang ahli kumpulan sebagai satu pasukan dalam menjalankan program ini. Melalui kursus citra ini pelajar dikehendaki merancang, melaksanakan, dan membuat laporan program yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu program yang diberi nama Jalinan Kasih Mahasiswa bersama anak-anak yatim di Rumah Kebajikan Peribadi Mulia Kajang,Selangor.


Melalui program ini, penganjur yang merupakan pelajar kursus citra ini dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan sesuatu program yang berbentuk kemasyarakatan. Penganjuran ini adalah sangat penting kerana program ini menjadikan medium atau kayu ukur kefahaman pelajar tentang pengelolaan aktiviti luar yang melibatkan masyarakat setempat. Seterusnya, ia dapat menyemai semangat berpasukan dan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan dalam mejayakan program  khidmat masyarakat.


     Selain itu, anak-anak yatim juga akan diberi perhatian memandangkan mereka merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya yang merupakan tempat untuk mereka meluahkan dan mencurahkan kasih sayang. Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami sebagai mahasisiwa UKM menjalankan projek ini di Rumah Kebajikan Peribadi Mulia.
     
        Adalah diharapkan melalui program ini, kami dapat mempelajari kemahiran merancang, mengurus, dan melaksanakan program  dengan lebih berkesan dan baik. Juga diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara.

2.     LATAR BELAKANG
Program ini berhasrat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah rumah anak yatim. Idea, ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang.  Disamping itu, program ini lahir sejajar dengan hasrat untuk menerapkan sifat kesedaran terhadap masyarakat yang diperlukan semasa kerja kelak dalam “Social Corporate” di samping dapat mempelajari pengurusan kreatif sekaligus melahirkan mahasiswa yang berkualiti bukan sahaja dari aspek akademik malah turut menjadi salah satu langkah memperkukuhkan “kemahiran insaniah” mahasiswa.
 Kemahiran insaniah terdapat beberapa domain antaranya adalah kemahiran berfikir secara , kritikal, kemahiran komunikasi, keusahawanan dan lain-lain seperti yang diterapkan oleh Pusat Akreditasi Pembelajaran UKM.
Diharapkan program ini akan dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua pihak terutamanya mahasiswa di UKM amnya dan di rumah anak yatim yang terbabit khususnya. Dengan itu, segala kerjasama dan sokongan dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung amatlah diharapkan. Sesungguhnya hasrat murni dalam merealisasikan matlamat program ini hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.

3.    MISI
Memperkasakan nilai-nilai murni dalam kalangan anak -anak yatim Rumah Kebajikan Peribadi Mulia.

4.    OBJEKTIF
 4.1   Memfokuskan 'kemahiran insahiah' sebagai element yang penting untuk dipraktikkan di dalam diri anak-anak yatim.
 4.2   Mendedahkan anak-anak yatim dengan peluang pendidikan semasa dan peluang kerjaya pada masa hadapan.
 4.3    Meningkatkan kreativiti  dalam kalangan  anak-anak yatim agar mereka mudah berkongsi idea bagi meningkatkan semangat jati diri.
4.4    Mengeratkan hubungan silaturrahim antara  pelajar UKM dengan anak-anak yatim.

5.         CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

      5.1 Tarikh/Hari :   26 November 2017 (Ahad)

5.2  Masa :  1:15 p.m – 5:15 p.m

5.3 Tempat : Rumah Kebajikan Peribadi Mulia, Kajang, Selangor


6.        TEMA
               "PELAJAR PERIHATIN MASYARKAT CEMERLANG "

 7.   PUBLISITI
Membina laman blog di media sosial untuk membuat hebahan program pelajar UKM dengan masyarakat, kepentingan program, cadangan aktiviti program yang akan dilaksanakan, gambar aktiviti/program dan sebagainya. Ia bertujuan untuk menyampaikan maklumat berhubung peranan dan tanggunjawab sosial UKM  kepada masyarakat khususnya kepada anak-anak yatim yang memenuhi berkelayakan untuk melanjutkan pengajian. Perkongsian ini juga boleh meningkatkan imej UKM sebagai institusi pengajian tinggi.

8.   PENGLIBATAN
Seramai 6 orang pelajar UKM akan melibatkan diri dalam program ini. Adalah dijangka seramai 20 orang pelajar anak yatim manakala  2 orang  guru pembimbing  akan turut serta.  

9.       TENTATIF PROGRAM
Program ini akan dilaksanakan mengikut cadangan seperti berikut:
Tarikh
Masa
Perkara
Tempat


      26 Nov 2017

1:15 p.m - 1:30 p.m
Berkumpul dan
taklimat ringkas

Panggung seni,
UKM
1:30 p.m
Bertolak ke Rumah Kebajikan Peribadi Mulia
2:00 p.m – 2:30 p.m

Tiba di Rumah Kebajikan Peribadi Mulia dan Majlis Perasmian

Rumah Kebajikan Peribadi Mulia
  
    2:30 p.m - 4:15 p.m

·         Aktiviti kumpulan dan  "ice breaking"
·         "Fast In Math"
·            Note Pad
·          Permainan Cross Word
·         Sesi kreativiti
   4:15 p.m -4:30 p.m
Minum Petang
            4:30 p.m
Solat Asar
 4:45 p.m- 5:15 p.m
·         Majlis Penutup dan Penyampaian cenderamata    
·         Sesi fotografi

            5:15 p.m
·         Bertolak pulang ke UKM
UKM


10.       STRUKTUR ORGANISASI
                                                          Penaung
 Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor,
Naib Canselor,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengerusi
Y. Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
 Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,
 Universiti Kebangsaan Malaysia

Penyelaras
Lt.Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr.Roslee Rajikan
Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiwa dan Perhubungan Alumni
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : 019-274 6194

Penasihat
Puan Fatin Hazwani @ Hasidah Binti Siram
Pensyarah Kursus Pembangunan Diri
Tel : 019-271 1178

Pengarah
Alya Batrisyia Binti Mohd Azmi
A166878
Tel : 017-266 3903

Setiausaha
Amni Amirah Izzati Binti Mohd Afandi
A166909
Tel : 011-6139 4353

Bendahari
Nur Fadzliani Binti Mukhtar
A164395
Tel : 011-1782 0140

Ketua Program
Nur Sahira Binti Omar
A166827
Tel : 010-917 3651

Ketua Tugas - Tugas khas
Nur Ain Husna Binti Ahmad Bokhari
A166877
Tel : 016-935 7425

Ketua Kebajikan dan Jamuan
Nur Auni Afifah Binti Abdul Karim

A163181 

Comments

Popular posts from this blog

Refleksi Diri :Nur Fadzliani bt Mukhtar (A164395)

Moments Collection