Refleksi Diri: Nur Sahira bt Omar (A166827)
Refleksi Program Jalinan Kasih Bersama Anak Yatim Kami kumpulan Avicenna telah mengadakan program bersama anak-anak yatim di Kajang, Selangor. Kami sangat bersyukur kerana berpeluang untuk mengadakan aktiviti ini bersama adik-adik di rumah anak yatim tersebut. Kami melakukan beberapa aktiviti bersama anak-anak yatim tersebut dan mereka kelihatan begitu gembira dengan kehadiran kami semua. Kami sangat gembira juga kerana sedikit sebanyak kami dapat memberi kegembiraan yang dikongsi bersama mereka. Antara perkara yang saya pelajari dalam menjalankan program bersama anka-anak yatim ini ialah saya dapat melatih diri saya dalam menjadi seorang fasilitator kerana setiap ahli kumpulan kami diberi tugasan untuk menjadi fasilitator kepada anak-anak yatim tersebut. Setiap orang daripada kami memegang satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli. Aspek kepimpinan juga dapat diterapkan dalam diri saya. Terdapat beberapa kesukaran kepada saya sepanjang mengendalikan mereka tetapi kesuk...

Comments
Post a Comment